Penulis

Lihat semua

Artikel oleh Elisa Morgan

Kebijaksanaan yang Kita Perlukan 

Ellen membuka peti suratnya dan mendapati sebuah sampul surat besar yang dikirimkan oleh kawan karibnya. Hanya beberapa hari yang lalu, dia telah berkongsi dengan kawan tersebut tentang masalah hubungan yang dihadapinya. Dengan rasa ingin tahu, dia membuka sampul itu dan menemukan rantai manik berwarna-warni pada tali guni yang biasa. Disertakannya sekeping kad dengan slogan sebuah syarikat, “Sebutlah dalam Kod Morse,” dan mesej rantai yang tersembunyi dan bijak itu berbunyi, “Carilah Jalan Tuhan.” Ellen tersenyum sambil memakai rantai itu pada lehernya.

Penjagaan Bapa Kita

Bunyi kibasan asyik kedengaran. Saya mendongak dan mencari bunyi itu. Apabila ternampak kotoran di tingkap, saya menjenguk ke luar dan mendapati seekor burung yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Hati saya sakit. Saya ingin sekali menolong makhluk berbulu yang rapuh itu.

Melakukan Apa yang Mampu

Seorang wanita meletakkan bekas plastik yang berisi kek cawan, kad hari jadi dan pelbagai jenis keropok di kaunter pembayaran. Rambutnya yang terurai menutupi dahinya yang berkerut kerana kepenatan. Anak kecilnya mula minta didukung. Apabila juruwang menyatakan jumlah yang harus dibayar, mulut ibu itu ternganga kerana terkejut. “Oh, kelihatannya aku perlu mengembalikan beberapa barang. Tetapi semua barang ini adalah untuk parti anak aku.” Dia mengeluh sambil memandang anaknya dengan muka kecewa. 

Teladan Iman

Dengan berganding tangan, saya dan cucu saya berlari-lari anak dari tempat letak kereta untuk mencari pakaian istimewa bagi semester sekolah baru. Sebagai seorang kanak-kanak prasekolah, dia sangat teruja dengan segala-galanya, dan saya bertekad untuk menjadikan kegembiraannya berganda. Saya baru sahaja melihat tulisan demikian pada kole kopi, “Nenek merupakan ibu yang ada banyak aising.” Aising mengandungi maksud seronok, gilang dan sukacita! Itulah huraian tugas saya sebagai neneknya, bukan? Namun peranan nenek adalah lebih daripada ini. 

Surat-surat Prihatin

Beberapa dekad yang lalu, Dr. Jerry Motto menemukan kuasa daripada “surat prihatin.” Penyelidikannya mencatatkan bahawa pengiriman surat yang menyatakan keprihatinan kepada pesakit yang keluar dari hospital dan pernah cuba membunuh diri dapat mengurangkan kadar pengulangan sebanyak 50%. Baru-baru ini, penyedia penjagaan kesihatan telah menemukan semula kuasa ini ketika mengirim teks, kad pos, dan bahkan mim media sosial (memes) sebagai rawatan susulan bagi mereka yang menderita kemurungan serius.

Kedalaman Kasih

Semasa Dylan McCoy berusia 3 tahun dan baru belajar berenang, dia terjatuh menembusi papan lapis reput yang menutupi perigi sedalam 12 meter di halaman belakang rumah datuknya. Dylan dapat tetap terapung di atas permukaan air perigi yang sedalam 3 meter sehingga bapanya turun untuk menyelamatkannya. Anggota bomba membawa tali untuk menariknya keluar tetapi ayahnya terlalu risau sehingga dia sanggup menuruni perigi berbatu yang licin untuk memastikan dia selamat.

Menghalau Penceroboh  

Sebelum fajar menyingsing, suami saya sudah bangun dan pergi ke dapur. Saya nampak lampu berkelip-kelip dan tertanya-tanya apa yang sedang dilakukannya. Kemudian saya teringat bahawa pagi kelmarin saya terlihat “penceroboh—makhluk yang berkaki enam yang tidak dibenci” muncul di dapur kami. Suami saya tahu ketakutan saya dan segera datang untuk menghapusnya. Pagi ini dia bangun lebih awal untuk memastikan dapur kami tiada serangga supaya saya tidak berasa risau. Dia suami yang sungguh baik!

Galeri Berbisik

Di kubah katedral St. Paul di London yang berdiri megah, pengunjung boleh menaiki 259 anak tangga ke “Galeri Berbisik”. Di situ anda boleh berbisik dan boleh didengar oleh orang lain di sepanjang jalan pekeliling, bahkan di seberang jurang besar yang terletak hampir sejauh 30 meter. Jurutera menerangkan fenomena yang unik ini adalah hasil daripada kubah yang berbentuk sfera dan gelombang bunyi bisikan berintensiti rendah. 

Cukup Besar

Cucu saya berlari ke barisan roller-coaster dan berdiri membelakangi penanda ketinggian untuk memastikan sama ada dia cukup besar untuk menaiki gerabak itu. Dia bersorak kegembiraan apabila kepalanya melepasi penanda.